Mesti Baca!! Sebab Kenapa Bahaya Duduk Atas Dompet

on Wednesday, 23 April 2014



Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga…tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet?

Sebab :


  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Sebab Kenapa Bahaya Duduk Atas Dompet Mesti Baca!! Sebab Kenapa Bahaya Duduk Atas Dompet
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.
  • Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.



Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

BMW 420i Coupe Baharu Dilancar

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan kereta BMW 420i Coupe baharu yang akan menaikkan penanda aras untuk segmen kereta premium jenis sports coupe.



Dijual pada harga RM299,800 di atas jalan, BMW 420i akan memperkukuh kedudukan syarikat itu sebagai penjual jenama automotif premium nombor satu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerhard Pils yakin BMW 420i itu akan terus menyerlah dengan kemampuan dinamis serta memberi limpahan nikmat pemanduan kepada pembelinya di Malaysia.

"Kereta BMW 420i Coupe dengan pelbagai pembaharuan ini akan membolehkan pembeli memilih satu rangkaian coupe bagi menikmati keselesaan sebenar sebuah kereta premium dua pintu," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kereta BMW 420i Coupe itu boleh diperoleh dalam warna alpine white, black sapphire, midnight blue, mineral grey dan leather dakota black.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Wanita dibicara kerana potong kolopir suami

on Friday, 19 April 2013


LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 50 tahun, Catherine Kieu Becker memotong kemaluan suaminya dengan sebilah pisau kerana diselubungi perasaan marah selepas menyangka mangsanya itu mempunyai kekasih lain.

Menurut peguam wanita itu, Frank Bittar, Catherine mengalami trauma sepanjang hayatnya selepas dia hidup semasa negara kelahirannya, Vietnam dilanda peperangan.

Bittar dalam hujahnya di sebuah mahkamah semasa perbicaraan kes itu berlangsung berkata, wanita itu juga pernah dirogol oleh seorang abang kandungnya semasa dia berusia enam tahun.



Selepas berpindah ke California dan berkahwin buat kali pertama pada tahun 1984, dia kemudian bercerai pada tahun 1997.

"Dia (Catherine) tidak cemburu, bukannya zalim dan seorang janda yang jahat," kata Bittar semasa berhujah pada hari pertama perbicaraan kelmarin di Santa Ana, California.

Wanita tersebut kemudian berkahwin buat kali kedua pada Disember 2009.

Menurut peguam tersebut, suaminya itu merupakan seorang pelaku seks yang terlalu aktif sehingga dia menggunakan ubat mati pucuk dan memaksa Catherine melakukan hubungan seks yang menyakitkan.

Bittar berkata, dalam pemikiran wanita tersebut, dia melakukan perbuatan itu kerana hendak menghentikan tindakan suaminya.

Kemaluan yang telah dipotong itu kemudian dibuang ke dalam mesin pelupusan sampah.

Jika disabitkan kesalahan, Catherine akan dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan perbuatan itu.

Dia dituduh membubuh ubat tidur dalam makanan malam suaminya yang berusia 60 tahun sebelum mengikat dan memotong kemaluannya di rumah mereka di Garden Grove, timur laut Los Angeles pada tahun 2011.




Bagaimanapun, pendakwa raya John Christl berhujah, kes itu adalah tentang seorang suami yang mahu menceraikan isterinya.

Menurut Christl, Catherine enggan menerima perceraian itu menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suami wanita itu yang turut memberi keterangan memberitahu, dia tidak akan memperoleh semula kehidupan seperti lelaki normal lain.

Menurutnya, proses pemulihannya tidak akan berakhir walaupun dia telah menjalani pembedahan selepas kemaluannya dipotong.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

10 bakal berdepan hukuman mati


TUMPAT - Seramai 10 lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah hingga mengakibatkan kematian mangsa 6 April lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Nashri Ismail, 23, Mohd. Khairil Azwahar Izani, 17, Wan Mohamad Faizul Wan Marizam, 22, Nik Shahrul Ashadi Zulkifli, 32, dan Abdullah Fahmi, 26.



Selain itu, Rosmadi Mat Daud, 39, Wan Fauzi Wan Abdullah, Mohd Rafiq Md Arifin, 20, Muhammad Syazwan Aiman Jabanun Aladdin, 20 dan Muhammad Hizami Abd Rahim, 28, turut didakwa atas kesalahan sama.






Mereka didakwa memukul Mohd. Alias Ibrahim, 27, di bilik B1, Pondok Darul Naim, Pusat Pemulihan Dadah Tradisional, Kampung Lambor di sini pada pukul 7.30 petang, 6 April lalu mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Gambar Terkini Datuk K Selepas Kemalangan

on Thursday, 18 April 2013


Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya di New Zealand pada Disember lalu, semalam suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa membuat penampilan sulungnya di khalayak ramai selepas insiden terbabit.

Datuk Khalid atau lebih mesra dengan gelaran Datuk K hadir menemani isterinya pada satu majlis di Putrajaya semalam dengan memakai alat sokongan leher serta kelihatan ceria sepanjang majlis itu berlangsung.



Bercakap kepada MalaysianDigest, Datuk Siti menjelaskan, “Alhamdulillah, suami semakin pulih.

Dah berjalan dan hari ni (semalam) dia nak ikut saya ke sini. Dia pun dah mula bekerja sejak dua minggu lepas. Dia dah mula buat rutin harian dan dah kembali pergi gim”.




Diharapkan tahap kesihatan Datuk K akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Penduduk Palong bersuara 'Kami bantah pencalonan Datuk Lilah'


JEMPOL - “Kami bantah pencalonan Datuk Lilah,” demikian antara dilaungkan lebih 200 warga Felda Dun Palong yang membantah pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi kerusi Dun Palong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Bantahan aman selama satu jam di padang awam Felda Palong 11 ini turut menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka menerusi sepanduk bertulis ‘Pulang hak kami’, ‘jangan khianati kami’ dan ‘Datuk Lilah perampas’.

Ketua Penerangan Umno cawangan Felda Palong 13, Ab Hamid Talib berkata, penduduk di situ mahu calon Dun Palong terdiri daripada warga Felda, sama ada di kalangan peneroka, penerokawati atau generasi kedua Felda.



“Kita tidak benci Datuk Lilah, malahan sebelum ini pun kita sentiasa sokong beliau. Kami hanya mahu calon warga Felda sendiri, itu sahaja.

“Lagipun sudah menjadi tradisi Adun Palong sebelum ini merupakan orang tempatan iaitu warga Felda sendiri. Bagaimanapun, kita tidak akan sabotaj parti dan akan sentiasa menyokong BN dalam PRU ini.

“Jika calon ini tidak ditukar, maka kita terpaksa jugalah terima, tetapi orang lain (penduduk) saya tidak tahulah bagaimana pilihan mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, seorang anak peneroka, Mohd Rafi Mezali, 36, berkata, sebagai mewakili generasi kedua Felda, dia sebulat suara menolak pencalonan Lilah.





“Pengundi yang menentukan hala tuju Dun Palong, jadi kami mahu suara ini didengar, kami mahu calon daripada anak tempatan, bukannya individu luar,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Felda Palong Lapan, Zailani Ramli, 45, merangkap Exco Pemuda Umno Bahagian Jempol berkata, tidak mungkin tiada calon yang berwibawa untuk mewakili 16,000 pengundi Dun Palong.

“Ketandusan calonkah kita? Pada pendapat saya, kita tidak ketandusan kerana pemimpin bersilih ganti malahan tidak perlu calon luar yang menjadi wakil Dun Palong,” katanya.

Dalam pada itu juga, beberapa peserta bantahan turut bertindak menurunkan bendera BN di sekitar Felda Palong 11, di sini.

Lilah diumumkan bertanding di Dun Palong pada PRU13 setelah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal bertanding di kerusi Parlimen yang disandangnya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Elaun balik ngundi takde - SPR


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.

Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.





"Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

"Janji Manismu" sudah ready lawan "Janji ditepati" di Jempol


SEREMBAN – Calon Pas kerusi Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Arifin menolak spekulasi yang mendakwa beliau akan menarik diri berikutan tidak sanggup berdepan dengan cabaran dalam dunia politik.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, beliau memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan.

“Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut.



“Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran  mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya.






Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu.

“Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka.

“Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Gambar Mesra & Romantik Ustaz Don Dengan Isteri Di Mesir


Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini.

Beliau yang popular dalam rancangan ’30 Minit Ustaz Don’ melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna.













“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.





Sumber



PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!


Pelakon Nora Danish mengatakan dia berasa sedikit terkejut apabila pertama kali mendengar nama anak Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada Isnin lalu.



Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Nora berkata, “Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli.

“Apapun, kita harap yang terbaik buat semua,” kata aktres yang popular dengan sitkom Puteri ini.




Baguslah begitu, diharapkan hubungan baik Nora dan Fasha kekal buat selamanya dan semoga kedua-dua anak mereka membesar dengan baik, bijak serta sihat tubuh badan.

Sumber


PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

 
© AANS BLOG All Rights Reserved