yX Media - Monetize your website traffic with us

Tuesday 27 January 2015

Kisah Gerai Mak Cik Sombong



TELOK AIR TAWAR - Nama sebuah gerai makanan yang te#rletak bersebelahan Pangkalan Udara Butterworth ini pastinya mencuit hati sesiapa sahaja.

Mak Cik Sombong, demikian nama gerai makanan yang terletak di Taman Senangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Teluk Air Tawar da#n Kepala Batas.

Menceritakan sejarah nama Mak Cik Sombong ini, pemilik gerai, Saiful Bahri, 43, berkata, nama gerai ini menjadi salah satu tarikan utama ba#gi pengunjung ke sini.

“Dahulu kami berniaga di Bagan Lebai Tahir, waktu itu perniagaan makanan ini diuruskan arwah ibu yang mempunyai raut wajah yang garang, berat melemparkan senyuman, waktu itu ada pelanggan yang takut-taku#t untuk bertandang ke kedai makanan kami di sana.





“Jadi disebabkan itu, ada pelanggan yang memanggil nama kedai dengan gelaran Gerai Mak Cik Sombong dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kedai asal mereka yang terl#etak di Bagan Tahir terpaksa ditutup dan kemudiannya berpindah ke Taman Senangan.




“Gerai makanan di sana dibina pada 1972, namun terpaksa ditutup tiga tahun lalu untuk memberi laluan kepada kerja pembangunan di sana.

“Disebabkan nama gerai sudah menjadi ing#atan pelanggan, saya mengambil keputusan untuk mengekalkan nama ini,” katanya.

Menurut Saiful, ada juga yang sanggup datang jauh semata-mata untuk melihat sendiri gerai makanan Mak Cik Sombong kerana gerai ini unik.

Tidak cepat melatah dengan kehadiran ramai ‘peminat’, Saiful berkata, perkara itu secara tidak langsung mengingatkannya kepada arwah ibu.

“Arwah ibu tidak sombong seperti nama gerai, n#amun disebabkan raut wajahnya yang tegas, pelanggan menggelar gerai makanan ini dengan nama Mak Cik Sombong.

“Walaupun ibu meninggal lapan tahun lalu, namun saya bersyukur sambutan yang diterima masih tetap sama seperti dahulu,” katanya.

Menurutnya gerai Mak Cik Sombong dibu#ka dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan menyajikan pelbagai hidangan menarik kepada pelanggan.

Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.                        

                        

Share:

0 comments:

Post a Comment